KESALAHAN TATABAHASA YANG SERING DILAKUKAN OLEH PELAJAR

BIL
KESALAHAN
PEMBETULAN
1
Lembu  itu mati. la dilanggar lori.
Lembu itu mati dilanggar lori.
2
Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum.
Mereka yang bersalah akan dihukum.
3
Setengah orang tidak suka akan rambutan.
Setengah-setengah orang tidak suka akan rambutan.
4
Tiap pelajar harus berdisiplin.
Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin.
5
Kedua orang itu anggota bomba
Kedua-dua orang itu anggota bomba
6
Sudah dua suku jam dia menunggu
Sudah dua jam suku dia menunggu.
7
Harganya dua setengah ringgit.
Harganya dua ringgit setengah.
8
Muthu suka durian.
Muthu suka akan durian.
9
Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai.
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai.
10
Kita mesti hormat guru
Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru.
11
Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi.
Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi
12
Dia kata kepada saya.
Dia berkata kepada saya.
13
Jangan lompat.
Jangan melompat.
14
Dia senyum kepada saya.
Dia tersenyum kepada saya.
15
Cili sos
Sos cili
16
Mini perpustakaan
Perpustakaan mini
17
Zila Restoran
Restoran Zila
18
Pertiwi Klinik
Klinik Pertiwi
19
Tilam itu dibuat dari getah asli.
Tilam itu dibuat daripada getah asli.
20
Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
21
Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
22
Sara mendapat markah yang tertinggi sekali / tersungguh tinggi.
Sara mendapat markah yang tertinggi .
23
Husain ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.
Husain ialah peserta yang termuda / teramat muda / tersangat muda dalam pertandingan itu.
24
Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Sekolah itu telah menjalankan pelbagai aktiviti semasa "Minggu Penyayang"
25
Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Beribu-ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
26
Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
Sesetengah  remaja suka membuang masa di pasar raya.
27
Tilam itu dibuat dari getah asli.
Tilam itu dibuat daripada getah asli.
28
Suhaini lebih tinggi dari abangnya.
Suhaini lebih tinggi daripada abangnya.
29
Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
30
Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
Cerpen itu telah saya karang.
31
Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
Latihan itu mesti kaubuat.
32
merbahaya
berbahaya
33
tauladan
teladan
34
keretapi
kereta api
35
aturcara
atur cara
36
mendokong
mendukung
37
mempastikan
memastikan
38
mengkebumikan
mengebumikan
39
menyonteng
menconteng
40
menyintai
mencintai
41
mensasarkan
menyasarkan
42
kasih-sayang
kasih sayang
43
jawatan kuasa
jawatankuasa
44
keibu-bapaan
keibubapaan
45
lebuhraya
lebuh raya
46
mempastikan
memastikan
47
anti-dadah
antidadah
48
ko-kurikulum
kokurikulum
49
perlantikan
pelantikan
50
urusetia
urus setia
51
perabut
perabot
52
pelakun
pelakon
53
tips
tip
54
Ramadhan
Ramadan
55
hajjah
hajah
56
beterbangan
berterbangan
57
jurukur
juruukur
58
mampan
mapan
59
muslimah
muslimat
60
juru wang
Juruwang
61
Kereta baru ayah telah dicuri orang. 
Kereta baharu ayah telah dicuri orang. 
62
Dia baharu tiba dari Kota Bharu.
Dia baru tiba dari Kota Bharu.
63
Rumah baru ayah telah dimasuki pencuri.
Rumah baharu ayah telah dimasuki pencuri.
64
Baharu petang tadi dia meninggal dunia.
Baru petang tadi dia meninggal dunia.
65
Baharu-baharu ini cikgu terpilih sebagai salah seorang pembentang kertas kerja.
Baru-baru ini cikgu terpilih sebagai salah seorang pembentang kertas kerja.
66
Baru-barunya buku kepunyaan cikgu
Baharu-baharunya buku kepunyaan cikgu
67
mertua
mentua.
68
guris
gores
69
mustika
mestika
70
istirehat
istirahat
71
merbahaya
berbahaya
72
kerinting
keriting
73
serunding
serondeng
74
pensil
pensel
75
kekanda
kakanda
76
tips
tip
77
sireh
sirih
78
selsema
selesema
79
agen
ejen
80
cincang
cencang
Cikgu Wanie
Che Siti Normawarni binti Che Nudin. Saya dilahirkan pada 2 Jun 1978 di Kota Bharu Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK Pdg Terap (1985-1990), SMK Pdg Terap(1991-1993), SMK Dato Syed Ahmad (1994-1998), UPM-PBMP(1998-2001). Mula berkhidmat sebagai seorang pendidik di SMJK Heng EE P.P (2001-2002), SMK Ideal Heights (2003-2007), SMK Tunku Putra(2008-kini) Saya dilantik sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu mulai 24 Ogos 2010.

Related Posts

2 comments

  1. Slmt pg cikgu,perkataan mn yh betul ejaannya- serunding dan serundeng? tq.

    ReplyDelete

Post a Comment

Subscribe Our Newsletter