AYAT AKTIF DAN PASIF



AYAT AKTIF DAN PASIF
Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).

Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.


Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.

Ayat Aktif
Ayat Pasif
1.Saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah.
1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.
2. Ayah membelah kayu api itu.
2. Kayu api itu dibelah oleh ayah.
3.Mereka sedang menganyam tikar mengkuang itu.
3. Tikar mengkuang itu sedang dianyam oleh mereka.



MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF YANG MELIBATKAN KATA GANTI NAMA DIRI (KGND) PERTAMA DAN KEDUA.

v  Sering kali, pelajar melakukan kesilapan apabila menukar ayat aktif transitif kepada ayat pasif apabila melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua.
v  Antara ganti nama diri pertama ialah saya, hamba, aku, kami dan kita manakala ganti nama diri kedua ialah awak, engkau, kamu, anda, dan tuan.
v  Dalam ayat pasif melibatkan ganti nama diri pertama dan kedua, perlu diingat bahawa:
1. TIDAK BOLEH menggunakan kata “oleh”,
2. Kata bantu seperti akan, sedang dsb. mesti hadir sebelum ganti nama diri.
3. Ganti nama diri : contohnya, saya, anda mesti diikuti oleh kata kerja : contohnya, tulis, baca , sepak.
4. Kata kerja mestilah menjadi kata dasar seperti tulis bukannya menulis, baca bukannya membaca.

Contoh 1
Ayat Aktif Transitif : Saya akan menulis rencana tentang isu ponteng.
Ayat Pasif : Rencana tentang isu ponteng
akan saya tulis.

Contoh 2
Ayat Aktif Transitif : Anda telah menutup botol itu.
Ayat Pasif : Botol itu
telah anda tutup.

Cuba anda tukarkan ayat aktif transitif di bawah dan seterusnya betulkan contoh-contoh ayat pasif yang diberikan.

Sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan, saya telah memanggil Azman ke dalam kelas.

SALAH
Azman telah dipanggil oleh saya ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana oleh diikuti oleh ganti nama diri pertama atau kedua).

SALAH
Azman, saya telah panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
(Ayat pasif ini salah kerana ganti nama diri pertama/kedua mestilah diikuti oleh kata kerja).

BETUL :
Azman
telah saya panggil ke dalam kelas sebaik sahaja loceng sekolah dibunyikan.
MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF
Latihan 1

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
_Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

2.Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
_ Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.
3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
4.Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
Penculik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.

5.Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.
Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.  (KGND II)

6.Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.
Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.

7.Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.
Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.

8.Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
Beberapa langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil itu /
Beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu telah diambil oleh pihak kerajaan.

9.Ketua kampung menegur sikap Azman dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.
Sikap Azman dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh ketua kampung.

10.Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.
Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk setempat.

11. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.
Bola itu ditendang oleh Ahmad  ke pintu gol.

12. Hanisah membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.
Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanisah   di kantin.

13. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.
 Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah. (KGND I)


14. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
Tugasan yang diberi  perlu kamu siapkan  pada hari ini juga.  (KGND II)

15. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.
 Panglima Garang perlu tuan hamba  temui  segera.  (KGND II)

16. Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.
Perpaduan sangat dipentingkan oleh rakyat Malaysia

Cikgu Wanie
Che Siti Normawarni binti Che Nudin. Saya dilahirkan pada 2 Jun 1978 di Kota Bharu Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK Pdg Terap (1985-1990), SMK Pdg Terap(1991-1993), SMK Dato Syed Ahmad (1994-1998), UPM-PBMP(1998-2001). Mula berkhidmat sebagai seorang pendidik di SMJK Heng EE P.P (2001-2002), SMK Ideal Heights (2003-2007), SMK Tunku Putra(2008-kini) Saya dilantik sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu mulai 24 Ogos 2010.
Newest Older

Related Posts

12 comments

  1. terima kasih cikgu! sangat membantu!

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu! sangat membantu!

    ReplyDelete
  3. mohon share ya ckg...terima kasih ckg.

    ReplyDelete
  4. Try dragongen.com - they can deliver tons of gems and even food and gold too. I just tried it and got 100 000 of gems

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Bagus sangat infonya . Sangat membantu . Terima kasih berkongsi ilmu berharga ini .

    ReplyDelete
  7. Terima kasih . Barulah saya faham

    ReplyDelete
  8. Baru faham. Thanks cikgu. Ringkas dan padat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Subscribe Our Newsletter