LATAR
Huraikan latar tempat yang terdapat dalam novel Tingkatan 1.
Latar tempat novel Hikmah ialah di dalam kelas/sekolah. Contohnya murid-murid lain tidak berani mengangkat muka apabila Amri masuk ke dalam kelas selepas dia dirotan oleh Cikgu Salman kecuali Siva seorang sahaja yang berani berbual-bual dengannya. Seterusnya di rumah Amri, selepas kepulangan Amri dari sekolah. Amri juga terserempak dengan Sapura semasa ingin menyisihkan diri di hujung padang, walaupun telah ditegur Sapura. Selanjutnya di tempat letak basikal, contohnya Amri menunggu Sapura dan berpura-pura baik sebelum balik bersama-sama dan mengenakan Sapura. Seterusnya di farmasi, contohnya Amri membeli ubat demam dan luka untuk ibunya. Akhirnya di hospital, contohnya keluarga Sapura membawa emak Amri ke hospital selain Amri yang telah diselamatkan oleh Sapura.
Huraikan latar tempat yang terdapat dalam novel Tingkatan 2.
Latar tempat novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah di rumah datuk nenek Iman ruang dapur: Iman bersama-sama Pei Wen makan nasi bersama-sama. Di bilik Iman: Iman meletak gambar ibu dan ayahnya yang sudah berpisah / tempat Iman menyiapkan tugasan sekolah / tempat Iman membalas e-mel ibunya dengan menggunakan komputer riba. Di pangkin / bawah pokok: Pei Wen bercerita tentang tekanan perasaan akibat sikap ibu tirinya Selain itu, latar tempat seterusnya ialah di sekolah bilik darjah tingkatan 1 Dinamik: Cikgu Julia memperkenalkan Adif Danial ruang tandas: Pei Wen ternampak Iman menangis selepas dituduh mempengaruhi rakan sekelas oleh Linda. Pei Wen berusaha menenangkan rakan karibnya itu.
Huraikan latar tempat yang terdapat dalam novel Tingkatan 3.
Latar tempat novel ialah di pintu pagar rumah Contohnya perempuan tua duduk bersila dan bakul buah-buahan diletakkan di sisinya. Selain itu, di rumah Tuk Siak . Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim di rumah Tuk Siak. Di samping itu, di kawasan tanah perkuburan Contoh: Nenek mengajak Sukma pergi ke kubur anak lelakinya iaitu bapa kepada Aim yang telah meninggal dunia dua tahun lepas.
Huraikan latar masa yang terdapat dalam novel Tingkatan 1
Latar masa yang terdapat dalam novel Hikmah ialah pada waktu siang/tengah hari, contohnya semasa Amri dan Sapura pulang dari sekolah bersama-sama sebelum Amri mengenakan Sapura. Seterusnya pada waktu malam, yakni pada pukul 11.00 malam apabila ayah Amri pulang untuk meminta wang daripada isterinya, kain yang baru dilipat bertaburan apabila ayahnya menyelongkar gerobok baju dan seterusnya apabila wang yang diperoleh agak sedikit, ayahnya telah meragut rantai yang dipakai oleh ibunya.
Huraikan latar masa yang terdapat dalam novel Tingkatan 2
Latar masa yang terdapat dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah pada pagi Sabtu: Iman menerima panggilan telefon daripada ayahnya / membantu datuknya membersihkan reban ayam / kawan-kawan Iman datang ke rumah menjemput Iman membuat latihan pidato di sekolah. Selain itu, pada waktu rehat di sekolah: Iman memberitahu Zulkarnain tentang cadangan ayahnya hendak berkahwin dengan ibu Adif Danial. Akhir sekali pada waktu tengah hari: majlis kenduri kesyukuran di rumah datuk Iman atas kejayaan Iman dalam pertandingan pidato dan pelajaran
Huraikan latar masa yang terdapat dalam novel Tingkatan 3
Latar masa yang terdapat dalam novel ialah 6:20 pagi .Contoh: Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak dikenali di hadapan pagar rumahnya. Selain itu, pada waktu petang Contoh: Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang dan dia mahu pulang ke rumah kerana risau neneknya bimbang akan keselamatan dirinya.Akhir sekali pada waktu senja Contoh: Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab, senja hampir berlabuh.
Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Tingkatan 1
Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Hikmah ialah masyarakat yang mengalami tekanan hidup, Contohnya Amri mengalami tekanan hidup kerana keadaan keluarganya yang porak-peranda, ayahnya hanya tahu pulang meminta duit dan berjudi. Seterusnya masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya ayah Amri yang terlibat dengan kegiatan perjudian dan penyalahgunaan dadah. Seterusnya masyarakat yang suka membantu. Contohnya Sapura telah membantu Amri semasa diperas ugut di sebuah lorong semasa hendak pulang daripada membeli ubat di farmasi selain Pak Dolah, peruncit yang sentiasa memberikan hutang kepada emak Amri.
Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Tingkatan 2
Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah masyarakat yang tegas. Iman enggan menarik diri daripada pertandingan pidato walaupun disesak oleh Linda. Kejadian dia ditolak jatuh oleh Linda tidak melemahkan semangatnya untuk menyerah kalah. Selain itu terdapat masyarakat yang berterus terang. Pei Wen berkongsi masalah hubungannya dengan ibu tiri kepada Iman Zulaikha, malah bersetuju mendapatkan nasikat datuk Iman supaya hubungan dipulihkan.
Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Tingkatan 3
Latar masyarakat yang terdapat dalam novel 6:20 ialah Masyarakat mahasiswa. Contoh: Sukma, Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut universiti dalam Jurusan Sains dan Falsafah. Selain itu, masyarakat yang mengambil berat terhadap golongan muda. Contoh: ibu Sukma iaitu Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut. Di samping itu,masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Contoh: Tuan Haji Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang dari kerja walaupun penat.
Che Siti Normawarni binti Che Nudin. Saya dilahirkan pada 2 Jun 1978 di Kota Bharu Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK Pdg Terap (1985-1990), SMK Pdg Terap(1991-1993), SMK Dato Syed Ahmad (1994-1998), UPM-PBMP(1998-2001). Mula berkhidmat sebagai seorang pendidik di SMJK Heng EE P.P (2001-2002), SMK Ideal Heights (2003-2007), SMK Tunku Putra(2008-kini)
Saya dilantik sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu mulai 24 Ogos 2010.
Related Posts
1 comment
tq!
ReplyDelete