WATAK DAN PERWATAKAN
Huraikan watak dan perwatakan watak utama dalam novel Tingkatan 1 yang anda kaji.
Watak utama novel Hikmah ialah Amri. Amri seorang anak yang taat dan bertanggungjawab. Amri taat dengan perintah ibunya. Misalnya, emak Amri menasihati Amri agar bersabar dengan sikap ayahnya. Dia menuruti nasihat emaknya. Amri juga bertanggungjawab membeli ubat untuk emaknya walaupun terpaksa mengayuh basikal sejauh 10 kilometer untuk ke pekan. Amri juga seorang pendendam Amri berdendam dengan ayahnya kerana sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab dan selalu memukul emaknya. Amri akan berdendam dan melepaskan tekanan dengan membuli dan memeras ugut murid lain.
Huraikan watak dan perwatakan watak utama dalam novel Tingkatan 2 yang anda kaji.
Watak utama novel ialah Iman Zulaikha Iman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan satu. Setelah bapa dan ibunya bercerai, Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia dapat menyatukan semula ibu dan bapanya. Iman dan Pei Wen bersahabat yang rapat sama ada di sekolah atau di rumah. Setiap hari man akan membaca dan menghantar e-mel kepada ibunya yang berada di New Zealand. Di sekolah, Iman merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sering dikagumi oleh pelajar-pelajar yang lain. Iman aktif berpidato.Berkat kegigihan dan ketabahannya berlatih, Iman berjaya menjadi juara dan bakal mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat daerah. Iman membantah perhubungan antara ayahnya dengan Puan Sofia kerana berhasrat menyatukan semula ibu bapanya.
Huraikan watak dan perwatakan watak utama dalam novel Tingkatan 3 yang anda kaji.
Watak utama novel 6:20 ialah Nur Sukma. Sukma merupakan anak tunggal kepada pasangan Hj. Shaqir dan Pn.Delia dan berusia 19 tahun. Sukma merupakan penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah IPTA. Dia menjadi guru tarian zapin di kawasan perumahannya. Sukma mudah bersimpati terhadap orang lain. (Sukma berasa simpati terhadap wanita tua (nenek) yang berada di luar pagar rumahnya) Dia juga seorang yang taat kepada perintah Tuhan.(Sukma tetap menunaikan solat walaupun dia sibuk) Sukma seorang yang berani (Sukma berani pergi menyiasat tentang pergerakan kelab WX2) Dia juga seorang yang mempunyai sifat setiakawan ( Sukma berusaha gigih untuk membawa Jerry dan Iskandar ke pangkal jalan walaupun dia diancam bahaya)serta gigih berusaha (Sukma berusaha gigih mencari bukti berkaitan kelab WX2) 4
Che Siti Normawarni binti Che Nudin. Saya dilahirkan pada 2 Jun 1978 di Kota Bharu Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK Pdg Terap (1985-1990), SMK Pdg Terap(1991-1993), SMK Dato Syed Ahmad (1994-1998), UPM-PBMP(1998-2001). Mula berkhidmat sebagai seorang pendidik di SMJK Heng EE P.P (2001-2002), SMK Ideal Heights (2003-2007), SMK Tunku Putra(2008-kini)
Saya dilantik sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu mulai 24 Ogos 2010.
Related Posts
3 comments
sangat bagus
ReplyDeleteit's too nice
ReplyDeletethanku very much
ReplyDelete