Penanda wacana ialah rangkaian perkataan yang berfungsi menjalinkan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan pertautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:
Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping
Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya
Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan
Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai
Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya
Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu
Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan
Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya
PERENGGAN PENDAHULUAN
Dewasa ini...
Belakangan
Kebelakangan ini
Baru-baru ini
Mutakhir ini
Akhir-akhir ini
Dalam era globalisasi
PERENGGAN ISI
Di samping itu
Sehubungan dengan itu
Jika diteliti dengan lebih mendalam
Sehubungan
Sebagai lanjutan daripada
Bersangkutan dengan hal
Berkaitan
Bersangkutan
Disingkapkan
Diceritakan
Tindakan yang diketengahkan di atas
Walau bagaimanapun
Bertitik tolak daripada kenyataan di atas
Jika ditinjau daripada aspek ...pula,..
PERENGGAN PENUTUP
Hal ini demikian
Akhirnya saya menegaskan bahawa
Kesimpulannya
Akhirnya
Sebagai penutup
Konklusinya
Akhirulkalam
Tegasnya
Pendek kata
Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa
Menyedar hakikat di atas
Di sini saya ingin tegaskan
LAIN-LAIN
Pada hakikatnya / Sesungguhnya,
Sebenarnya, / Pada hakikatnya,
Dengan kata lain /Dengan erti kata yang lain
Maksudnya di sini 7
Hal ini bermakna
Oleh sebab itu/ lantaran itu
Walhal/Oleh hal yang demikian
Sedangkan / Pada hal
Meskipun/Sungguhpun
Walaupun / sekalipun
Ekoran daripada / Akibatnya
Rentetan daripada/ lanjutan itu
Dalam konteks ini/Dalam hubungan ini
Hal ini bertepatan /bersesuaian dengan
Hal ini memang sejajar dengan
Situasi ini seolah-olah mengambarkan
Tidak syak lagi/ Tidak dapat tidak
Namun begitu
Lebih-lebih lagi
Tambahan pula
Oleh hal yang demikian
Sungguhpun demikian
Post a Comment
Post a Comment