PERIBAHASA MELAYU

  • Ada hati  Keinginan
  • Alah bisa tegal biasa   Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa
  • Alang-alang mandi biar basah Jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan
  • Ambil berat  Memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu
  • Ambil langkahMula hendak bertindak
  • Anak buah Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga/pasukan/ terletak di bawah tenggungjawab seseorang
  • Anak emas orang yang dikasihi dan diberikan layanan istimewa.
  • Asam garamBerbagai-bagai pengalaman hidup (pahit, manis, suka duka)
  • Bagai anjing buruk kepala Orang yang telah diketahui kejahatannya ke mana pergi dihinakan orang juga
  • Bagai bulan dipagari bintang Kecantikan makin terserlah apabila dikelilingi orang yang cantik.
  • Bagai bulan empat belas Peri keelokan muka perempuan
  • Bagai cincin dengan permata Sama padan, cocok benar
  • Bagai layang-layang putus tali Sudah putus harapan
  • Bagai minyak dengan air Orang bermusuhan atau tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan   jadi satu
  • Bagai murai dicabut ekor Perempuan yang suka bercakap banyak
  • Bagai pucuk dilancarkan Sangat laju atau luncur perginya
  •  Bagaimana acuan begitulah kuihnya Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka
  •  Baik berjagung-jagung sementara menanti padi masak Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik,     yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu.
  • Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalangSemakin berilmu atau tinggi pangkat                                                                                          semakin merendahkan diri (tidak sombong)
  • Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian   Bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang
  • Berkatalah benar walaupun pahit Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin  menyakitkan hati seseorang
  • Berpeluk tubuh Berdakap tubuh; tidak membuat apa-apa kerja
  • Berpeluk tubuhHanya memandang dari jauh sahaja, tidak melalukakan apa-apa  hanya melihat sahaja.
  • Bersatu teguh bercerai robohKalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita              bercerai-berai, kita akan menjadi lemah.
  • Bersekutu bertambah mutuBekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan  kecemerlangan
  • Bertangguh itu pencuri masa Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri.
  • Besar hatiBangga, gembira, bongkak, sombong
  • Biar putih tulang jangan putih mata Lebih baik mati daripada menanggung malu
  • Buah fikiran Pendapat
  • Buah hati Orang yang dikasihi
  • Buah mulut Percakapan orang,
  • Buah tanganHasil pekerjaan; barang yang dibawa daripada perjalanan; ole-ole
  • Bulat hatiLurus hati, teguh hati ,sungguh-sungguh
  • Dalam tangan dalam kekuasaan seseorang
  • Darah dagingAnak atau orang yang mempunyai pertalian darah
  • Darah panas Pemarah, lekas marah
  • Diam-diam ubu berisi, diam-diam besi berkarat   -Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam   orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
  • Hancur hati Sedih; putus asa
  • Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama                                                  Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lamapun dia telah mati.
  • Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih  Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya
  • Hidup ini satu perlumbaan -Dalam kehidupan seharian, kita terpaksa menghadapi pelbagai                                                            cabaran dan berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu tujuan.
  • Hidup segan mati tak mahu  Orang yang hidup melarat
  • Indah khabar daripada rupaKhabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan
  • Hanya jauhari yang mengenal manikam Hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui tentang  keelokan ilmu
  • Kaki ayam Tidak berkasut atau berselipar
  • Kalau hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya  -Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar tidak akan berhasil lagi.
  • Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan dalam hendak diduga Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar
  • Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya -Tidak tercapai cita-cita jika tidak berusaha
  • Kancil juga lupakan jerat Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam
  • Kata dikota Janji mesti ditunaikan
  • Kata-kata  lebih tajam daripada mata pedangPerkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
  • Kebudayaan sendi perpaduan Kebudayaan menjadi sandaran dalam menyatukan sesuatu bangsa
  • Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa  -Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja
  • Makan anginBersiar-siar untuk mendapatkan angin; melapangkan fikiran
  • Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang Yang nampak baik itu jangan lekas diterima dan yang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak.
  • Masa itu emas Masa sangat berharga
  • Membaca jambatan ilmu Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan
  • Mencari akal Berusaha mendapatkan cara untuk mencapai tujuan
  • Muafakat membawa berkat Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan   menghasilkan sesuatu yang baik.
  • Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjut; tidak dapat diubah lagi.
  • Otak yang cerdas ada pada badan yang sihatDengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu            mengemukakan fikiran yang bernas.
  • Padang jarak padang terkukur Padang atau tanah luas yang ditinggalkan
  • Putih mata Berhiba hati menanggung rindu  (seperti orang muda melihat tunangnya diambil orang)
  • Putus asa Habis harapan (tiada harapan lagi)
  • Rezeki kalau secupak takkkan jadi segantang Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.
Cikgu Wanie
Che Siti Normawarni binti Che Nudin. Saya dilahirkan pada 2 Jun 1978 di Kota Bharu Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK Pdg Terap (1985-1990), SMK Pdg Terap(1991-1993), SMK Dato Syed Ahmad (1994-1998), UPM-PBMP(1998-2001). Mula berkhidmat sebagai seorang pendidik di SMJK Heng EE P.P (2001-2002), SMK Ideal Heights (2003-2007), SMK Tunku Putra(2008-kini) Saya dilantik sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu mulai 24 Ogos 2010.

Related Posts

Post a Comment

Subscribe Our Newsletter