FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

Setelah hampir sebelas tahun saya berkecimpung dalam bidang pendidikan dan bergelumang dengan hasil karangan pelajar yang pelbagai tahap, saya terpanggil untuk berkongsi frasa-frasa menarik yang anda boleh gunakan dalam karangan anda supaya karangan anda menjadi   'lebih berperisa' berbanding karangan biasa. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh anda semua.... Selamat menulis.


-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang

 -mendukung kebenaran yang kita sepakati

 -mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni

 -mengambil langkah sederap

 -menghirup udara hasil kemerdekaan

 -mengikut acuan sendiri

 -mengundang kontroversi

 -menjadi cerucuk utama pembangunan

 -menjulang negara ke puncak jagat

 -menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi

 -menyambut gamitan menara impian

 -menyebabkan imej negara tercalar

 -menyediakan kursus dan latihan yang relevan

 -menyembunyikan masalah utama masyarakat

 -mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran

 -mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan

 -milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi

 -muafakat merupakan inti kepada perpaduan

 -negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat

 -nilai keinsanan yang syumul

 -nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat

 -pandangan pro dan kontra yang dipaparkan

 -pelbagai cabaran yang bakal menghambat

 -pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat

 -pembentukan masyarakat sakinah

 -pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini

 -pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini

 -perlu dibaja kembali

 -perubahan yang diharap masih belum menjelma

 -petanda kehancuran generasi

 -pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

 -kita perlu mengorak langkah

 -kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini

 -komitmen menyeluruh agensi yang terlibat

 -kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu

 -Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik

 -makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan

 -mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu

 -manifestasi kesanggupan bangsa

 -manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa

 -masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan

 -masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi

 -masalah sosial dan susila yang meruncing

 -masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit

 -masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan

 -melangkah dengan seribu kekuatan

 -melontarkan soalan yang cukup penting

 -melupakan cita-cita yang lebih luhur

 -membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu

 -membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan

 -membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah

 -membetulkan ketidaktepatan fakta

 -membimbing mereka memenuhi impian

 -membina impian masa depan yang lebih gemilang

 -membongkar kepincangan

 -membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka

 -mempengaruhi minda generasi muda

 -mempertahankan perasaan saling bersefahaman

 -mempertingkat dan memperteguh kefahaman

 -mempraktikkan elemen tolak ansur

 -memudaratkan kesejahteraan rakyat

 -menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung

 -menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama

 -menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak

 -menampilkan wajah baru yang disulami tekad

 -menangkis tuduhan yang tidak berasas

 -mencapai tahap yang mencemaskan

 -mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini

 -mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya

 -mendapat perhatian dan liputan media massa

 -mendepani masa depan yang tidak menentu
Cikgu Wanie
Che Siti Normawarni binti Che Nudin. Saya dilahirkan pada 2 Jun 1978 di Kota Bharu Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK Pdg Terap (1985-1990), SMK Pdg Terap(1991-1993), SMK Dato Syed Ahmad (1994-1998), UPM-PBMP(1998-2001). Mula berkhidmat sebagai seorang pendidik di SMJK Heng EE P.P (2001-2002), SMK Ideal Heights (2003-2007), SMK Tunku Putra(2008-kini) Saya dilantik sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu mulai 24 Ogos 2010.

Related Posts

Post a Comment

Subscribe Our Newsletter