RUMUSAN NOVEL TINGKATAN 1-3
NOVEL
TINGKATAN 1
HIKMAH
|
TEMA
|
Apakah tema novel Tingkatan
1 yang anda kaji?
Novel
Hikmah bertemakan kepincangan dalam
keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tingkah laku. Amri merupakan anak
yang baik dan bertanggungjawab, namun sikap ayahnya yang tidak
bertanggungjawab dan kejam menyebabkan dia berubah tingkah laku dan memberontak
dengan membuli dan memeras ugut murid sekolah yang lain. Amri melepaskan
tekanan kepada murid lain akibat sikap ayahnya.
|
NOVEL
TINGKATAN 2
ERTI
SEBUAH PENGORBANAN
|
Apakah tema novel Tingkatan
2 yang anda kaji?
Novel
ini bertemakan kasih sayang.
Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya. Setelah mereka bercerai, Iman ditinggalkan
bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.
Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai
usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula.
|
|
NOVEL
TINGKATAN 3
6:20
|
Apakah tema novel Tingkatan
3 yang anda kaji?
Novel 6:20
bertemakan perjuangan golongan muda dalam menentang
pengaruh-pengaruh barat yang mempengaruhi jiwa mereka seperti kumpulan ‘black
metal’. Sukma, Rafiq dan Teja berusaha gigih untuk menyelamatkan rakan mereka
iaitu Jerry dan Iskandar serta golongan remaja yang lain daripada terus
hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup.
|
|
NOVEL
TINGKATAN 1
HIKMAH
|
PERSOALAN
|
Nyatakan 3 persoalan yang
terdapat dalam novel Tingkatan 1 yang anda kaji.
Antara persoalan yang terdapat dalam Novel
Hikmah Tanggungjawab seorang rakan
contohnya Sapura bertanggungjawab melaporkan kes salah laku Amri kepada guru
disiplin. Selain itu, kasih sayang
anak terhadap kedua-dua orang tuanya contohnya walaupun Amri hidup
dalam kesusahan namun dia amat menyayangi ibunya dan telah memaafkan kesalahan
bapanya.
Persoalan seterusnya ialah prihatin dan simpati terhadap insan
yang memerlukan contohnya Sapura dan ayahnya bersimpati dengan nasib
yang menimpa keluarga Amri
|
NOVEL
TINGKATAN 2
ERTI
SEBUAH PENGORBANAN
|
Nyatakan 3 persoalan yang
terdapat dalam novel Tingkatan 1 yang anda kaji.
Antara persoalan yang terdapat dalam novel
Erti Sebuah Pengorbanan ialah Ketegasan dalam menyatakan pendirian
contohnya Iman Zulaikha tetap dengan pendiriannya untuk menyertai
pertandingan pidato walaupun diugut ole Linda.
Selain itu, persoalan kasih sayang dalam keluarga contohnya Iman Zulaikha amat
menyayangi ibu dan ayahnya dan berhasrat menyatukan mereka kembali. Akhir
sekali persoalan sikap pemaaf
menjernihkan keadaan contohnya Iman tetap memaafkan Linda walaupun
terbukti Linda telah mencuri diari dan teks pidatonya.
|
|
NOVEL
TINGKATAN 3
6:20
|
Nyatakan 3 persoalan yang
terdapat dalam novel Tingkatan 1 yang anda kaji.
Antara persoalan yang diwujudkan dalam novel 6:20
ialah Kasih sayang ibu
bapa terhadap anak-anak contohnya Ibu Sukma bimbang apabila Sukma
membuka pintu pagar untuk melihat tetamu yang datang ke rumah mereka pada jam
6:20 pagi kerana dia berasakan tindakan Sukma itu mengundang bahaya kepada
diri dan keluarga mereka. Selain itu,konflik
dalam keluarga contohnya ibu Sukma beranggapan bahawa Sukma mengalami
tekanan perasaan manakala Sukma pula mempunyai anggapan yang sama terhadap
ibunya. Di samping itu, tanggungjawab
seorang rakan contohnya Sukma rasa bertanggungjawab untuk
menyelamatkan Jerry dan Iskandar daripada terus hanyut dengan fahaman yang
salah.
|
|
NOVEL
TINGKATAN 1
HIKMAH
|
WATAK
DAN PERWATAKAN
|
Huraikan watak dan perwatakan watak utama dalam
novel Tingkatan 1 yang anda kaji.
·
Watak
utama novel Hikmah ialah Amri. Amri seorang anak yang taat dan bertanggungjawab. Amri taat dengan perintah ibunya.
Misalnya, emak Amri menasihati Amri
agar bersabar dengan sikap ayahnya. Dia
menuruti nasihat emaknya. Amri juga bertanggungjawab membeli ubat
untuk emaknya walaupun terpaksa mengayuh basikal sejauh 10 kilometer untuk ke
pekan. Amri juga seorang pendendam
Amri berdendam
dengan ayahnya kerana sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab dan selalu
memukul emaknya. Amri akan berdendam
dan melepaskan tekanan dengan membuli dan memeras ugut murid lain.
|
NOVEL
TINGKATAN 2
ERTI
SEBUAH PENGORBANAN
|
Huraikan watak dan perwatakan watak utama dalam
novel Tingkatan 2 yang anda kaji.
Watak utama
novel ialah Iman Zulaikha
Iman Zulaikha
merupakan seorang pelajar tingkatan satu. Setelah bapa dan ibunya bercerai,
Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman
menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia dapat menyatukan semula ibu dan
bapanya. Iman dan Pei Wen bersahabat
yang rapat sama ada di sekolah atau di rumah. Setiap hari man akan membaca
dan menghantar e-mail kepada ibunya yang berada di New Zealand.
Di sekolah,
Iman merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sering dikagumi oleh
pelajar-pelajar yang lain. Iman aktif berpidato.Berkat kegigihan dan
ketabahannya berlatih, Iman berjaya menjadi juara dan bakal mewakili
sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat daerah.
Iman membantah
perhubungan antara ayahnya dengan Puan Sofia kerana berhasrat menyatukan
semula ibu bapanya.
|
|
NOVEL
TINGKATAN 3
6:20
|
Huraikan watak dan perwatakan watak utama dalam
novel Tingkatan 3 yang anda kaji.
Watak utama
novel 6:20 ialah Nur Sukma.
Sukma merupakan anak tunggal kepada pasangan Hj. Shaqir dan Pn.Delia dan
berusia 19 tahun.
Sukma merupakan penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah IPTA.
Dia menjadi guru tarian zapin di kawasan perumahannya. Sukma mudah
bersimpati terhadap orang lain. (Sukma berasa simpati terhadap wanita tua
(nenek) yang berada di luar pagar rumahnya)
Dia juga seorang yang taat kepada perintah Tuhan.(Sukma tetap menunaikan
solat walaupun dia sibuk) Sukma seorang yang berani (Sukma berani pergi
menyiasat tentang pergerakan kelab WX2)
Dia juga seorang yang mempunyai sifat setiakawan ( Sukma berusaha gigih untuk membawa Jerry
dan Iskandar ke pangkal jalan walaupun dia diancam bahaya)serta gigih
berusaha (Sukma berusaha gigih mencari bukti berkaitan kelab WX2)
|
|
NOVEL
TINGKATAN 1
HIKMAH
|
LATAR
TEMPAT
|
Huraikan latar tempat yang terdapat dalam novel
Tingkatan 1.
Latar tempat
novel Hikmah ialah di dalam kelas/sekolah. Contohnya murid-murid lain
tidak berani mengangkat muka apabila Amri masuk ke dalam kelas selepas dia
dirotan oleh Cikgu Salman kecuali Siva seorang sahaja yang berani
berbual-bual dengannya. Seterusnya di rumah Amri, selepas kepulangan
Amri dari sekolah. Amri juga terserempak dengan Sapura semasa ingin
menyisihkan diri di hujung padang, walaupun telah ditegur Sapura. Selanjutnya
di tempat letak basikal, contohnya Amri menunggu Sapura dan
berpura-pura baik sebelum balik bersama-sama dan mengenakan Sapura.
Seterusnya di farmasi, contohnya Amri membeli ubat demam dan luka
untuk ibunya. Akhirnya di hospital, contohnya keluarga Sapura membawa
emak Amri ke hospital selain Amri yang telah diselamatkan oleh Sapura.
|
NOVEL
TINGKATAN 2
ERTI
SEBUAH PENGORBANAN
|
Huraikan latar tempat yang terdapat dalam novel
Tingkatan 2.
Latar
tempat novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah di rumah datuk nenek Iman
ruang
dapur: Iman bersama-sama Pei Wen makan nasi bersama-sama. Di bilik Iman: Iman meletak gambar ibu dan ayahnya yang
sudah berpisah / tempat Iman
menyiapkan tugasan sekolah / tempat
Iman membalas e-mel ibunya dengan menggunakan komputer riba. Di pangkin /
bawah pokok: Pei Wen bercerita
tentang tekanan perasaan akibat sikap ibu tirinya Selain itu, latar tempat seterusnya ialah di
sekolah bilik darjah tingkatan 1 Dinamik: Cikgu Julia memperkenalkan
Adif Danial
ruang tandas: Pei Wen ternampak Iman menangis selepas dituduh
mempengaruhi rakan sekelas oleh Linda. Pei Wen berusaha menenangkan rakan
karibnya itu
|
|
NOVEL
TINGKATAN 3
6:20
|
Huraikan latar tempat yang terdapat dalam novel
Tingkatan 3.
Latar tempat
novel ialah di pintu pagar rumah
Contohnya perempuan
tua duduk bersila dan bakul buah-buahan diletakkan di sisinya. Selain itu, di
rumah Tuk Siak . Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim di
rumah Tuk Siak.
Di samping
itu, di kawasan tanah perkuburan
Contoh: Nenek
mengajak Sukma pergi ke kubur anak
lelakinya iaitu bapa kepada Aim yang
telah meninggal dunia dua tahun lepas.
|
|
NOVEL
TINGKATAN 1
HIKMAH
|
LATAR
MASA
|
Huraikan latar masa yang terdapat dalam novel
Tingkatan 1
Latar masa
yang terdapat dalam novel Hikmah ialah pada waktu
siang/tengah hari, contohnya semasa Amri dan Sapura pulang dari
sekolah bersama-sama sebelum Amri mengenakan Sapura. Seterusnya pada waktu malam, yakni pada
pukul 11.00 malam apabila ayah Amri pulang untuk meminta wang daripada
isterinya, kain yang baru dilipat bertaburan apabila ayahnya menyelongkar
gerobok baju dan seterusnya apabila wang yang diperoleh agak sedikit, ayahnya
telah meragut rantai yang dipakai oleh ibunya.
|
NOVEL
TINGKATAN 2
ERTI
SEBUAH PENGORBANAN
|
Huraikan latar masa yang terdapat dalam novel
Tingkatan 2
Latar masa
yang terdapat dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah pada pagi Sabtu: Iman menerima
panggilan telefon daripada ayahnya / membantu datuknya membersihkan reban
ayam / kawan-kawan Iman datang ke rumah menjemput Iman membuat latihan pidato
di sekolah. Selain itu, pada waktu
rehat di sekolah: Iman memberitahu Zulkarnain tentang cadangan
ayahnya hendak berkahwin dengan ibu Adif Danial. Akhir sekali pada waktu tengah hari: majlis kenduri kesyukuran di rumah
datuk Iman atas kejayaan Iman dalam pertandingan pidato dan pelajaran
|
|
NOVEL
TINGKATAN 3
6:20
|
Huraikan latar masa yang terdapat dalam novel
Tingkatan 3
Latar masa
yang terdapat dalam novel ialah 6:20
pagi .Contoh:
Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak
dikenali di hadapan pagar rumahnya. Selain itu, pada waktu petang Contoh: Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana
hari sudah petang dan dia mahu pulang ke rumah kerana risau neneknya bimbang
akan keselamatan dirinya.Akhir
sekali pada waktu senja Contoh:
Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab, senja hampir berlabuh.
|
|
NOVEL
TINGKATAN 1
HIKMAH
|
LATAR
MASYARAKAT
|
Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam novel
Tingkatan 1
Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Hikmah
ialah masyarakat yang mengalami tekanan hidup, Contohnya Amri
mengalami tekanan hidup kerana keadaan keluarganya yang porak-peranda,
ayahnya hanya tahu pulang meminta duit dan berjudi. Seterusnya masyarakat
yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya ayah Amri
yang terlibat dengan kegiatan perjudian dan penyalahgunaan dadah. Seterusnya masyarakat
yang suka membantu. Contohnya Sapura telah membantu Amri semasa diperas
ugut di sebuah lorong semasa hendak pulang daripada membeli ubat di farmasi
selain Pak Dolah, peruncit yang sentiasa memberikan hutang kepada emak Amri.
|
NOVEL
TINGKATAN 2
ERTI
SEBUAH PENGORBANAN
|
Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam novel
Tingkatan 2
Latar
masyarakat yang terdapat dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah masyarakat yang tegas.
Iman enggan menarik diri
daripada pertandingan pidato walaupun disesak oleh Linda. Kejadian dia
ditolak jatuh oleh Linda tidak melemahkan semangatnya untuk menyerah kalah.
Selain itu terdapat masyarakat yang
berterus terang. Pei Wen berkongsi masalah hubungannya dengan ibu
tiri kepada Iman Zulaikha, malah bersetuju mendapatkan nasikat datuk Iman
supaya hubungan dipulihkan.
|
|
NOVEL
TINGKATAN 3
6:20
|
Huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam novel
Tingkatan 3
Latar
masyarakat yang terdapat dalam novel 6:20 ialah Masyarakat mahasiswa.
Contoh: Sukma,
Teja, Rafiq, Jerry dan Alvin merupakan penuntut universiti dalam Jurusan
Sains dan Falsafah. Selain itu, masyarakat
yang mengambil berat terhadap golongan muda.
Contoh: ibu
Sukma iaitu Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2
dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan
kumpulan tersebut.
Di samping itu,masyarakat yang beriman
kepada Tuhan. Contoh: Tuan Haji
Syaqir menunaikan solat Asar selepas pulang
dari kerja walaupun penat.
|
|
NOVEL
TINGKATAN 1
HIKMAH
|
NILAI
|
Nyatakan nilai yang terdapat dalam novel Tingkatan
1.
Antara nilai yang terdapat dalam novel Hikmah ialah bertanggungjawab contohnya Sapura bertanggungjawab
melaporkan kes salah laku Amri kepada guru disiplin. Selain itu, nilai
kasih sayang
contohnya walaupun Amri hidup dalam kesusahan namun dia amat menyayangi
ibunya. Di samping itu terdapat nilai prihatin contohnya Sapura dan ayahnya
prihatin dan bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Amri. Akhir sekali
nilai kemaafan contohnya
Sapura bersedia memaafkan Amri walaupun Amri pernah menyakitinya dan Amri
pula bersedia memaafkan ayahnya.
|
NOVEL
TINGKATAN 2
ERTI
SEBUAH PENGORBANAN
|
Nyatakan nilai yang terdapat dalam novel Tingkatan
2.
Nilai yang terdapat dalam novel Erti
Sebuah Pengorbanan ialah ketegasan contohnya
Iman Zulaikha tetap tegas dengan pendiriannya untuk menyertai pertandingan
pidato walaupun diugut ole Linda. Selain itu nilai kasih sayang contohnya Iman Zulaikha amat menyayangi ibu
dan ayahnya dan berhasrat menyatukan mereka kembali. Di samping itu terdapat
nilai pemaaf contohnya Iman
tetap memaafkan Linda walaupun terbukti Linda telah mencuri diari dan teks
pidatonya. Akhir sekali, nilai
ketabahan
contohnya Iman Zulaikha tetap tabah mengharungi pelbagai ujian setelah
perceraian ibu dan bapanya.
|
|
NOVEL
TINGKATAN 3
6:20
|
Nyatakan nilai yang terdapat dalam novel Tingkatan 3.
Antara nilai
yang terdapat dalam novel 6:20 ialah Kasih
sayang contohnya ibu Sukma sayang akan keluarganya. Dia bimbang apabila Sukma
membuka pintu pagar untuk melihat tetamu yang datang ke rumah mereka pada jam
6:20 pagi kerana dia berasakan tindakan Sukma itu mengundang bahaya kepada
diri dan keluarga mereka. Selain itu, nilai
ambil berat contohnya ibu Sukma
mengambil berat terhadap perubahan sikap Sukma dan beranggapan bahawa Sukma
mengalami tekanan perasaan dan berusaha memulihkannya. Di samping itu, nilai
tanggungjawab contohnya Sukma rasa
bertanggungjawab untuk menyelamatkan Jerry dan Iskandar daripada terus hanyut
dengan fahaman yang salah.
|
|
NOVEL
TINGKATAN 1
HIKMAH
|
PENGAJARAN
|
Huraikan
pengajaran yang terdapat dalam novel Tingkatan 1
Antara pengajaran yang terdapat dalam
novel Hikmah ialah Kita hendaklah bertanggungjawab contohnya Sapura bertanggungjawab
melaporkan kes salah laku Amri kepada guru disiplin. Selain itu,
Kita perlulah mempunyai sikap kasih sayang contohnya walaupun Amri hidup dalam
kesusahan namun dia amat menyayangi ibunya.
Kita hendaklah prihatin contohnya Sapura dan ayahnya prihatin dan
bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Amri
Kita hendaklah saling memaafi contohnya Sapura bersedia memaafkan Amri walaupun
Amri pernah menyakitinya dan Amri pula bersedia memaafkan ayahnya.
|
NOVEL
TINGKATAN 2
ERTI
SEBUAH PENGORBANAN
|
Huraikan
pengajaran yang terdapat dalam novel Tingkatan 2.
Antara pengajaran yang terdapat dalam
novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah kita
hendaklah mempunyai ketegasan dalam menyatakan pendirian contohnya
Iman Zulaikha tetap dengan pendiriannya untuk menyertai pertandingan pidato
walaupun diugut ole Linda.
Kita perlulah mempunyai sikap kasih sayang dalam keluarga contohnya Iman Zulaikha amat menyayangi
ibu dan ayahnya dan berhasrat menyatukan mereka kembali.
Kita perlu mempunyai sikap pemaaf contohnya Iman tetap memaafkan Linda walaupun
terbukti Linda telah mencuri diari dan teks pidatonya.
Kita perlu tabah menghadapi ujian contohnya Iman Zulaikha tetap tabah mengharungi
pelbagai ujian setelah perceraian ibu dan bapanya.
|
|
NOVEL
TINGKATAN 3
6:20
|
Huraikan
pengajaran yang terdapat dalam novel Tingkatan 3
Antara
pengajaran yang terdapat dalam novel 6:20 ialah Kita
hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang contohnya ibu Sukma sayang akan
keluarganya. Dia bimbang apabila Sukma membuka pintu pagar untuk melihat
tetamu yang datang ke rumah mereka pada jam 6:20 pagi kerana dia berasakan
tindakan Sukma itu mengundang bahaya kepada diri dan keluarga mereka.
Kita perlu mengambil
berat antara satu sama lain contohnya ibu Sukma mengambil berat terhadap
perubahan sikap Sukma dan beranggapan bahawa Sukma mengalami tekanan perasaan
dan berusaha memulihkannya.
Kita mesti mempunyai
sikap tanggungjawab contohnya Sukma rasa bertanggungjawab untuk
menyelamatkan Jerry dan Iskandar daripada terus hanyut dengan fahaman yang
salah.
|
Post a Comment
Post a Comment