SEKARANG KITA SUDAH TAHU...

          Peribahasa merupakan salah satu cabang ataupun komponen penting yang terkandung didalam bahasa melayu dimana ia mempamerkan bahasa kiasan bangsa Melayu yang mempunyai susun kata yang pendek tetapi mempunyai makna yang luas,sedap didengar dan bijak perkataannya.Hal ini diakui sendiri oleh Za’ba iaitu seorang sasterawan dan pemikir Melayu. Menyebut tentang peribahasa,baru-baru ini,kita digemparkan dengan dakwaan seorang tokoh yang mempunyai pengaruhnya yang tersendiri iaitu saudara Awang Haji Abdul Rashid Bin Awang Haji Damit atau lebih dikenali sebagai Rashid Rahman Hassan yang kita mewarisi peribahasa yang salah.Peribahasa yang beliau maksudkan adalah peribahasa “Harapkan Pagar,Pagar makan padi“.
      Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh beliau dilaman Facebook pada 28hb Disember yang lalu.Kenyataan beliau yang dikeluarkan secara umum itu sebenarnya membuka mata banyak pihak untuk menyelidik akan kebenaran dakwaan beliau itu kerana selama ini masyarakat di Malaysia hanya mengikut sahaja ungkapan sedia ada walaupun ada timbul keraguan tentang keupayaan pagar untuk memakan padi.Lagipun,mana ada petani yang memagar padi.Jadi agak mustahil untuk mentafsirkan yang ungkapan “pagar makan padi itu” bermaksud pagar yang dibina terhempap terkena padi. Kepada mereka di luar sana yang masih lagi tidak mengenali saudara Rashid,buat pengetahuan anda semua,beliau merupakan seorang pemuda yang berasal dari Brunei Darussalam.Beliau adalah salah seorang peserta yang menyertai pertandingan pidato di Putrajaya International Coventention Centre di awal tahun 2011 dan dipertandingan tersebut,beliau menduduki tempat kedua .Berbalik kepada peribahasa itu tadi,disini PKE ingin menunjukkan sedikit sedutan daripada status beliau dilaman facebook.
       Menurut beliau,kesilapan pentafsiran peribahasa ini dikatakan berlaku ketika bahasa melayu yang dieja didalam tulisan jawi hendak ditukarkan kepada tulisan rumi.Siapa yang melakukan kesilapan ini dan bila ia berlaku masih lagi tidak dapat dipastikan kerana kita hanya mewarisi segala macam kazanah bahasa dari generasi terdahulu.Jadi,alang-alang PKE membuat penerangan mengenai peribahasa ini,rasanya elok PKE membuat sedikit pembetulan yang sama terhadap beberapa hal yang lain juga.Jadi berikut merupakan penerangan yang PKE ingin berikan kepada kesalahan tersebut.
Peribahasa Salah : Harapkan Pagar,Pagar Makan Padi
Peribahasa Betul : Harapkan Pegar,Pegar Makan Padi  
Maksud : Kita mengamanahkan atau memberi kepercayaan kepada seseorang,sebaliknya orang itu mengkhianati kepercayaan atau amanah yang kita berikan.
        Seperti yang dinyatakan oleh saudara Rashid,peribahasa ini mempunyai kesilapan didalam penggunaan perkataan “Pagar” kerana bunyi yang sebenarnya ialah “Harapkan Pegar,Pegar Makan Padi” yang merujuk kepada burung pegar ataupun ayam pegar yang ditugaskan oleh para petani suatu ketika dahulu untuk menjaga sawah padi mereka daripada haiwan perosak.Walau bagaimanapun, ayam pegar ini tidak menjalankan tugas dengan baik kerana ia bukan sahaja memakan haiwan yang merosakkan padi itu, sebaliknya ia turut menjadikan padi sebagai sumber makanannya. Disebabkan oleh kejadian itu,maka terhasilnya peribahasa ini. Bernama saintifik Lophura ignita,ayam pegar ini boleh didapati di hutan bertanah rendah di Semenanjung Tanah Melayu,Thailand,Borneo dan juga Sumatera.Ayam ini dikelaskan didalam kategori burung dan ia menjadikan padi,buah-buahan dan haiwan kecil sebagai sumber makanannya.Spesis ini bertelur (mempunyai telur berwarna krim) dan mengikut daripada rekod yang dikeluarkan oleh “senarai Data Merah IUCN”,spesis ayam ini merupakan spesis hidupan yang semakin terancam.Hanya bertelur 5 biji sahaja ketika musim mengawan sekitar Ogos dan September sahaja.PKE pun rasanya tidak pernah melihat ayam ini secara nyata. Mengulas mengenai peribahasa ini pula,suatu ketika dahulu,dikatakan ayam pegar ini banyak terdapat dipinggir sawah.Mereka disana memakan haiwan perosak dan siput gondang disekitar sawah sehingga mereka diberi kepercayaan oleh para pesawah untuk menjaga sawah mereka.Bagaimanapun,para pesawah tidak mengetahui yang burung ini juga memakan padi.Sebab itulah apabila hal ini diketahui,hilanglah kepercayaan pesawah terhadap burung ini.Maka terkeluarnya peribahasa “harapkan pegar,pegar makan padi”.  
      Peribahasa Salah : Bagai Melepaskan Batuk Di tangga Peribahasa
      Betul                   : Bagai melepaskan Batok Di tangga
Maksud: Membuat sesuatu kerja yang tidak bersungguh-sungguh dan akhirnya kerja itu tidak dapat diselesaikan atau diselesaikan secara sambil lewa.
     Peribahasa ini memainkan isu yang lebih kontroversi berbanding peribahasa yang pertama tadi kerana  membawa pentafsiran yang berbeza.Jadi disini PKE akan menerangkan kepada anda semua mengenai dua tafsiran yang berbeza ini.
Tafsiran Pertama: Melalui kontroversi yang hangat sebelum ini,dikhabarkan yang peribahasa ini juga tidak terkecuali daripada tersilap daripada penterjemahan daripada jawi ke rumi.Mengikut daripada sumber,perkataan “batuk” didalam peribahasa ini bukanlah merujuk kepada batuk yang sebenar.Sebaliknya ia merujuk kepada perkataan “batok”,iaitu sejenis alat berbentuk seperti penceduk yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu untuk membasuh kaki sebelum masuk kerumah.Bagaimana rupanya batok ini?Berikut disisipkan gambar batok. Batok ini diperbuat daripada tempurung kelapa.Namanya sendiri pun bermaksud tempurung kelapa didalam bahasa jawa.Sudah menjadi amalam masyarakat melayu suatu ketika dahulu untuk membasuh kaki sebelum masuk kedalam rumah.Batok ini pula digunakan untuk menceduk air didalam tempayan dan kemudian batok ini perlulah diletakkan semula ditempat asalnya selepas digunakan.Apapun mereka-mereka ini pula tidak meletakkan ditempat asalnya sebaliknya sekadar meletakkan ditangga dan kemudiannya terus masuk kedalam rumah.Dari situ terhasilnya peribahasa “bagai melepaskan batok ditangga” yang merujuk kepada pekerjaan yang tidak bersungguh sungguh.Asal letak sahaja.Bak kata orang,jadi wajadah,asal jadi sudah.
Tafsiran Kedua: Dari kata mereka,tidak salah menggunakan perkataan “batuk” didalam peribahasa ini kerana ia masih lagi menunjukkan maksud asal peribahasa ini dimana ia menunjukkan perkerjaan yang dilakukan tidak bersungguh-sungguh.Andai kata kita pergi mengunjungi rumah seseorang tetapi kita tidak memberi salam atau memanggil nama tuan rumah tersebut,sebaliknya kita hanya batuk ditangga rumah hanya sekadar untuk menyedar tuan rumah yang ada tetamu didepan rumah mereka.Maksudnya tidak memanggil tuan rumah dengan bersungguh-sungguhKiranya batuk itu hanyalah batuk yang dibuat-buat sekadar untuk menarik perhatian tuan rumah.Mungkin kerana malu atau segan.Dari peristiwa dan amalan itulah yang menyebabkan peribahasa “bagai melepaskan batuk ditangga” terhasil. PKE tidak pasti tafsiran mana yang benar kerana kedua-duanya mempunyai kekuatan dari segi logik akalnya.Apapun,PKE lebih yakin pada tafsiran pertama.
        Peribahasa Salah : Mata Keranjang Peribahasa
        Betul                  : Mata Ke Ranjang
Maksud   :Lelaki yang suka melihat perempuan.
Mengulas mengenai peribahasa “mata keranjang“,apa maksud keranjang? Maksud keranjang adalah bakul yang dianyam daripada tumbuhan seperti rotan,buluh dan sebagainya.Jadi apa pula maksud “mata bakul“? Tak ada maksudkan? Sebenarnya ini juga merupakan salah satu kesalahan ataupun kesilapan yang berlaku ketika pentafsiran daripada tulisan jawi ke tulisan rumi dimana maksud yang sebenar peribahasa ini bukanlah “Mata Keranjang”,sebaliknya “Mata Ke Ranjang” yang merujuk kepada lelaki yang melihat perempuan sehingga diasosiasikan sehingga ke atas ranjang.Rujukan ini PKE dapatkan sendiri daripada buku “Bahasa menunjukkan bangsa” hasil karya Alif Danya Musyi,seorang penulis daripada Indonesia.
Peribahasa Salah : Merah Padam  
Peribahasa Betul : Merah Padma
Maksud: Mengambarkan air muka seseorang yang merah ketika marah. Peribahasa ini sebenarnya bukannya ditulis sebagai “Merah Padam”,sebaliknya ia ditulis sebagai “Merah Padma” yang merujuk kepada “Padma”,sejenis bunga teratai yang berwarna merah kemerahan (nama lain kepada “Teratai Merah”). Lagipun,jika kita mengaitkan perkataan “padam” dengan “merah”,sememangnya ia tidak memberi satu kata yang bermakna pun kepada kita.Jadi apa pula maksud yang sebenarnya?
Peribahasa Salah : Saling Tak Tumpah
Peribahasa Betul : Salin Tak Tumpah
Maksud: Dua orang yang serupa benar.
Untuk peribahasa ini,PKE sekadar ingin mengatakan yang ia tidak mempunyai kena mengena dengan kesilapan mentafsir daripada jawi ke rumi,sebaliknya PKE sekadar mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan kepada kita semua.Kerapkali kita dihidangkan dengan peribahasa ini jika kita ada melihat seseorang yang serupa dengan seseorang yang lain.Tapi betulkah penggunaan perkataan “saling” didalam peribahasa ini?Buat pengetahuan anda semua,perkataan yang sebetulnya untuk digunakan didalam peribahasa ini adalah “Salin”,bukannya “Saling”.Jadi peribahasa ini akan berbunyi “Salin Tak Tumpah”. Kebenaran tentang penggunaan perkataan “Salin” telah dibuktikan melalui rujukan yang PKE lakukan didalam kamus peribahasa yang berada dipasaran.Jadi penyelitan peribahasa ini sekadar teguran kepada anda dan juga kepada diri PKE sendiri yang penggunaan perkataan “saling tak tumpah” adalah salah.Harap maklum.
             Itu antara 5 kesilapan peribahasa yang kita warisi daripada generasi terdahulu dan kita gunakan tanpa sedikitpun perasaan curiga tentang kesalahan yang terkandung didalamnya.Diantara 5 peribahasa berikut, 4 daripadanya adalah kesilapan ketika proses penterjemahan daripada tulisan jawi ke rumi. Manakala 1 lagi peribahasa adalah kesilapan yang kita lakukan dengan mengubah sendiri peribahasa tersebut dan terus menggunakannya didalam kehidupan seharian tanpa sedikitpun perasaan serba salah.
           Mulai hari ini,kita boleh memperbetulkan apa yang patut diperbetulkan dan menggunakan peribahasa ini didalam pembelajaran dan kehidupan seharian kita. Nota:Sebenarnya,kita bukan sahaja berhadapan dengan peribahasa yang disalah tafsir ketika proses penterjemahan daripada tulisan rumi ke jawi,sebaliknya kita juga berhadapan dengan beberapa perkataan lain yang turut disalah tafsir.Antara perkataannya ialah perkataan “Permaisuri” yang sepatutnya merujuk kepada “parama iswari” iaitu nama bagi dewi dan perkataan “suatu” yang sepatutnya merujuk kepada “sawatu” yang bermaksud ukuran satu batu.

Jadi permasalahan ini bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia tetapi negara nusantara yang lain juga. Jadi jangan begitu mudah menyalahkan pelbagai pihak dengan tomahan yang tidak masuk akal.Contohnya menyalahkan cikgu bahasa melayu yang memang tak bersalah dalam hal ini.
Cikgu Wanie
Che Siti Normawarni binti Che Nudin. Saya dilahirkan pada 2 Jun 1978 di Kota Bharu Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK Pdg Terap (1985-1990), SMK Pdg Terap(1991-1993), SMK Dato Syed Ahmad (1994-1998), UPM-PBMP(1998-2001). Mula berkhidmat sebagai seorang pendidik di SMJK Heng EE P.P (2001-2002), SMK Ideal Heights (2003-2007), SMK Tunku Putra(2008-kini) Saya dilantik sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu mulai 24 Ogos 2010.

Related Posts

There is no other posts in this category.

1 comment

  1. cigu nk tnya bila bka skolah nti ka cikgu...???
    jgn lpa sila lawati blog saya dan follow2 lah sekali ahahahh http://izlonelyboy.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Subscribe Our Newsletter