Saturday, 23 June 2012

NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL TING 1-3

NILAI DAN PENGAJARAN
NILAI 
Nyatakan nilai yang terdapat dalam novel Tingkatan 1.
Antara nilai yang terdapat dalam novel Hikmah ialah bertanggungjawab contohnya Sapura bertanggungjawab melaporkan kes salah laku Amri kepada guru disiplin. Selain itu, nilai kasih sayang contohnya walaupun Amri hidup dalam kesusahan namun dia amat menyayangi ibunya. Di samping itu terdapat nilai prihatin contohnya Sapura dan ayahnya prihatin dan bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Amri. Akhir sekali nilai kemaafan contohnya Sapura bersedia memaafkan Amri walaupun Amri pernah menyakitinya dan Amri pula bersedia memaafkan ayahnya.

Nyatakan nilai yang terdapat dalam novel Tingkatan 2.
Nilai yang terdapat dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah ketegasan contohnya Iman Zulaikha tetap tegas dengan pendiriannya untuk menyertai pertandingan pidato walaupun diugut ole Linda. Selain itu nilai kasih sayang contohnya Iman Zulaikha amat menyayangi ibu dan ayahnya dan berhasrat menyatukan mereka kembali. Di samping itu terdapat nilai pemaaf contohnya Iman tetap memaafkan Linda walaupun terbukti Linda telah mencuri diari dan teks pidatonya. Akhir sekali, nilai ketabahan contohnya Iman Zulaikha tetap tabah mengharungi pelbagai ujian setelah perceraian ibu dan bapanya. .

Nyatakan nilai yang terdapat dalam novel Tingkatan 3.
Antara nilai yang terdapat dalam novel 6:20 ialah Kasih sayang contohnya ibu Sukma sayang akan keluarganya. Dia bimbang apabila Sukma membuka pintu pagar untuk melihat tetamu yang datang ke rumah mereka pada jam 6:20 pagi kerana dia berasakan tindakan Sukma itu mengundang bahaya kepada diri dan keluarga mereka. Selain itu, nilai ambil berat contohnya ibu Sukma mengambil berat terhadap perubahan sikap Sukma dan beranggapan bahawa Sukma mengalami tekanan perasaan dan berusaha memulihkannya. Di samping itu, nilai tanggungjawab contohnya Sukma rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan Jerry dan Iskandar daripada terus hanyut dengan fahaman yang salah.

PENGAJARAN

 Huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel Tingkatan 1
Antara pengajaran yang terdapat dalam novel Hikmah ialah Kita hendaklah bertanggungjawab contohnya Sapura bertanggungjawab melaporkan kes salah laku Amri kepada guru disiplin. Selain itu, Kita perlulah mempunyai sikap kasih sayang contohnya walaupun Amri hidup dalam kesusahan namun dia amat menyayangi ibunya. Kita hendaklah prihatin contohnya Sapura dan ayahnya prihatin dan bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Amri Kita hendaklah saling memaafi contohnya Sapura bersedia memaafkan Amri walaupun Amri pernah menyakitinya dan Amri pula bersedia memaafkan ayahnya.

Huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel Tingkatan 2..
Antara pengajaran yang terdapat dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah kita hendaklah mempunyai ketegasan dalam menyatakan pendirian contohnya Iman Zulaikha tetap dengan pendiriannya untuk menyertai pertandingan pidato walaupun diugut ole Linda. Kita perlulah mempunyai sikap kasih sayang dalam keluarga contohnya Iman Zulaikha amat menyayangi ibu dan ayahnya dan berhasrat menyatukan mereka kembali. Kita perlu mempunyai sikap pemaaf contohnya Iman tetap memaafkan Linda walaupun terbukti Linda telah mencuri diari dan teks pidatonya. Kita perlu tabah menghadapi ujian contohnya Iman Zulaikha tetap tabah mengharungi pelbagai ujian setelah perceraian ibu dan bapanya.

Huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel Tingkatan 3
Antara pengajaran yang terdapat dalam novel 6:20 ialah Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang contohnya ibu Sukma sayang akan keluarganya. Dia bimbang apabila Sukma membuka pintu pagar untuk melihat tetamu yang datang ke rumah mereka pada jam 6:20 pagi kerana dia berasakan tindakan Sukma itu mengundang bahaya kepada diri dan keluarga mereka. Kita perlu mengambil berat antara satu sama lain contohnya ibu Sukma mengambil berat terhadap perubahan sikap Sukma dan beranggapan bahawa Sukma mengalami tekanan perasaan dan berusaha memulihkannya. Kita mesti mempunyai sikap tanggungjawab contohnya Sukma rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan Jerry dan Iskandar daripada terus hanyut dengan fahaman yang salah.

No comments:

Post a Comment