Saturday, 23 June 2012

TEMA DAN PERSOALAN NOVEL TING 1-3

NOVEL TINGKATAN 1-3
JAWAPAN BERDASARKAN NOVEL
TINGKATAN 1- HIKMAH
TINGKATAN 2- ERTI SEBUAH PENGORBANAN
TINGKATAN 3- 6:20

TEMA
Apakah tema novel Tingkatan 1 yang anda kaji?
Novel Hikmah bertemakan kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tingkah laku. Amri merupakan anak yang baik dan bertanggungjawab, namun sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab dan kejam menyebabkan dia berubah tingkah laku dan memberontak dengan membuli dan memeras ugut murid sekolah yang lain. Amri melepaskan tekanan kepada murid lain akibat sikap ayahnya.

Apakah tema novel Tingkatan 2 yang anda kaji?
Novel ini bertemakan kasih sayang. Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya. Setelah mereka bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula.

Apakah tema novel Tingkatan 3 yang anda kaji?
Novel 6:20 bertemakan perjuangan golongan muda dalam menentang pengaruh-pengaruh barat yang mempengaruhi jiwa mereka seperti kumpulan ‘black metal’. Sukma, Rafiq dan Teja berusaha gigih untuk menyelamatkan rakan mereka iaitu Jerry dan Iskandar serta golongan remaja yang lain daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup.

PERSOALAN
Nyatakan 3 persoalan yang terdapat dalam novel Tingkatan 1 yang anda kaji.
Antara persoalan yang terdapat dalam Novel Hikmah Tanggungjawab seorang rakan contohnya Sapura bertanggungjawab melaporkan kes salah laku Amri kepada guru disiplin. Selain itu, kasih sayang anak terhadap kedua-dua orang tuanya contohnya walaupun Amri hidup dalam kesusahan namun dia amat menyayangi ibunya dan telah memaafkan kesalahan bapanya. Persoalan seterusnya ialah prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan contohnya Sapura dan ayahnya bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Amri

Nyatakan 3 persoalan yang terdapat dalam novel Tingkatan 2 yang anda kaji.
Antara persoalan yang terdapat dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan ialah Ketegasan dalam menyatakan pendirian contohnya Iman Zulaikha tetap dengan pendiriannya untuk menyertai pertandingan pidato walaupun diugut ole Linda. Selain itu, persoalan kasih sayang dalam keluarga contohnya Iman Zulaikha amat menyayangi ibu dan ayahnya dan berhasrat menyatukan mereka kembali. Akhir sekali persoalan sikap pemaaf menjernihkan keadaan contohnya Iman tetap memaafkan Linda walaupun terbukti Linda telah mencuri diari dan teks pidatonya.

Nyatakan 3 persoalan yang terdapat dalam novel Tingkatan 3 yang anda kaji.
Antara persoalan yang diwujudkan dalam novel 6:20 ialah Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak contohnya ibu Sukma bimbang apabila Sukma membuka pintu pagar untuk melihat tetamu yang datang ke rumah mereka pada jam 6:20 pagi kerana dia berasakan tindakan Sukma itu mengundang bahaya kepada diri dan keluarga mereka. Selain itu,konflik dalam keluarga contohnya ibu Sukma beranggapan bahawa Sukma mengalami tekanan perasaan manakala Sukma pula mempunyai anggapan yang sama terhadap ibunya. Di samping itu, tanggungjawab seorang rakan contohnya Sukma rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan Jerry dan Iskandar daripada terus hanyut dengan fahaman yang salah.


2 comments: